Friday, 24 April 2015

Usrah Wonderpet

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk join usrah kali ni. Balik dari wad terus singgah surau sebab excited nak berusrah dengan Ustazah Ruzana.

Usrah wonderpet ni tak sama dengan usrah² lain. Usrah wonderpet ni sempoi je. Relate terus dengan kehidupan seharian. Analogi² yang cukup bagus dan senang diterima oleh golongan remaja.

Bila sebut usrah, orang akan fikir geng² tudung labuh, geng² berkopiah berserban, geng² jubah dan sebagainya. Lapuknya la pemikiran. Allah bagi akal cuba guna pada tempatnya sikit. Nak join Usrah, Ceramah dan seumpamanya tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah baru nak join. Ianya untuk semua orang. Sebab apa? Kita nak cari dan tingkatkan kualiti hidup. Baiki segala kelemahan. Supaya hidup kita lebih diberkati-Nya :)

No comments:

Post a Comment