Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling. Tengok gelagat manusia. Perhatikan tingkah laku mereka. Cuba untuk mencontohi yang baik dan memperbaiki apa kurang baik.
Result final exam keluar. Agak kecewa bila nama tak ada dalam dean list. Walhal, itu yang Aku harapkan untuk pencapaian dalam final exam untuk final year ni. Cuba pujuk diri untuk relax and move on. Ada yang lagi struggle kot study and berharap setiap sem dapat tersenarai dalam dean list. Tapi, nasib tidak menyebelahi mereka. Even hanya 0.02 point je lagi nak tersenarai dalam dean list, bukan rezeki mereka. Aku tak nak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab Aku tahu, Allah merancang perkara yang terbaik untuk Aku. Tahniah buat GengGua. 5/8 dapat dekan. Pesan seorang murabbi, "bersahabat kerana Allah itu dapat dilihat apabila kamu gembira melihat sahabat kamu dapat apa yang kamu suka". Even Aku mungkin bukan sahabat yang baik, Aku happy untuk korang. Moga terus maju.
Kelas ulangkaji. Kena jawab soalan research. Kalau Aku ni jenis buat tak kesah, memang tak nak jawab. Tapi, cuma fikir guna akal yang Allah bagi. Mungkin kali ni kita tolong orang. Esok² orang tolong kita pulak. Aku tak sanggup nak biarkan apa yang jadi pada Aku waktu form 5 tu jadi kat orang lain. Sadis oo. Buat kajian Geografi, tapi orang taknak isi borang kaji selidik Aku. Sedih pulak aih. Member cakap Aku baik sangat nak jawab soalan research tu. Aku tak pasti tu perlian atau apa. Tapi yang pasti, kalau kau taknak jawab, terpulang. Itu masalah kau. Tapi, jangan halang Aku nak buat benda yang Aku rasa Aku patut buat. Aku bukan baik macam kau. Jadi, Aku nak cuba kumpul pahala untuk diri Aku. Aku rasa benda tu tak salah.
Sepanjang internship Aku rasa semakin selesa dengan keadaan wad. Sedikit penat. Tapi Aku gembira. Mungkin ini rahmat yang Allah bagi pada Aku untuk menggantikan apa yang telah Aku hilang. Aku tak kaya. Senyumanku juga tak manis. Jadi, Allah bagi Aku semangat yang tinggi untuk Aku berkhidmad dan sedekahkan tenaga Aku untuk kebaikan orang lain. Mungkin tak banyak, tapi cukup untuk meringankan.
Berazam untuk menjadi pekerja yang cemerlang bila dah bekerja nanti. Lecturer cakap bukan mudah nak dapat. Jadi, Aku ambil sebagai cabaran.
Abah dan ummi. Sentiasa terbayang wajah mereka. Jarang dapat balik lepas ni. Rindu ingin melihat senyuman mereka. Rasa tak cukup sekadar mendengar suara melalui fon. Tapi Alhamdulillah masih mampu dikawal. Mungkin sebab Aku memang dari kecik dah boleh independent. Dulu, Ummi ikut Abah ke luar negeri kerana tuntutan kerja dan bawak adik² bersama. Aku membesar bersama Che (datuk). Mungkin sebab tu Aku jadi cucu kesayangan Che.
All is well. Semua berjalan di bawah perancanganNya.
No comments:
Post a Comment