"Kata² cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku,
Butir² cinta air mataku teringat semua yang Kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi,
Muhasabah cintaku.."
(Muhasabah cinta-Edcoustic)
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku,
Butir² cinta air mataku teringat semua yang Kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi,
Muhasabah cintaku.."
(Muhasabah cinta-Edcoustic)
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah masih diberi kesihatan pada hari ini. Allahu, sejak akhir² ni terlalu leka dengan urusan duniawi. Terlalu banyak masa dibazirkan.
Tiba satu masa, terdengar lagu Menanti di barzakh dendangan Far East. Unik sekali cara Allah mengetuk pintu hati ini. Bagi peringatan pada diri ini bahawa diri ini telah kurang mengingatiNya. Ampuni kami Ya Rabb.
Hari ini shift petang. Gementar rasanya bila tengok jadual hari ni, kena jadi team leader. Ilmu masih kurang. Semoga Allah permudahkan urusan pada hari ini. Semoga pesakit² di wad cepat sembuh dan mampu kembali menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang hamba.
Tanggungjawab mengingatkan pesakit untuk solat apabila tiba waktunya perlu dilaksanakan . Bantu mereka apa yang termampu. InsyaAllah, sedikit sebanyak ilmu yang di ajar ketika menyertai kem ibadah pesakit akan Aku ajarkan pada mereka. Semoga Allah permudahkan juga urusan mereka. Melihat keadaan mereka yang tidak berdaya banyak menyedarkan diri ini bahawa diri ini telah bazirkan banyak peluang yang Allah bagi. Allah bagi kesihatan yang baik. Allah bagi masa terluang yang banyak. Tapi diri ini gagal rebut peluang yang ada. Sesungguhnya diri ini lagi lemah dari pesakit² yang sentiasa berusaha untuk beribadah kepadaNya. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment