Sunday, 26 April 2015

Dia

Ada sorang makhluk ni, susah sangat orang nak faham. Sebab apa? Sebabnya, maksud dia, dia cuma nak cakap, "nak pegi makan", tapi ayat dia be like trelar x 4 masuk simpang A keluar simpang B slow kat selekoh tajam berhenti kat traffic light tunggu hijau baru jalan then parking kereta leklok dan "nak pegi makan". Amik kau Jah. Penerangan dia kalah karangan UPSR. Kadang² dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap.

That's why kadang² dia ada masalah communication dengan orang. Sebab orang tak faham kekreatifan (? Tak tahu ayat dari kamus mana) ayat dia tu. Bahasa dia lagi berbunga-bunga daripada buah silat yang dipanggil bunga tanjung.

Then, kalau kau first time jumpa dia, kau jangan percaya 100% apa yang dia cakap. Sebab dia cepat nervous. Bila nervous dia akan melalut entah apa² yang dia sendiri pun tak faham. Tapi bila jumpa dengan orang yang dia dah lama kenal, memang tak menang la orang melayan sengal dia. 16 jam sengal (-+ waktu tidur dan rehat) tapi kadang² lebih jugak.

Sejak akhir² ni banyak jugak la perubahan pada dia. Dia dah tak macam dulu yang suka melayan je apa orang cakap dan layan je lawak² hambar. Dia dah tak layan benda remeh yang berlaku kat sekeliling dia. Dan yang paling penting dia anti-perempuan gedik. Bagi dia, utamakan yang lebih utama.

Kau fikir tak bersebab ke? Tahu tak sebab apa? Sebab dia dah penat. Buat baik, orang pijak kepala. Bagi kepercayaan, orang salah guna. Dia cuba belajar supaya dia mampu tolong orang dan tak sakitkan hati orang but at the same time orang takkan pergunakan dia. Memang dulu dia nerd sikit, tapi keadaan sekeliling yang banyak mengubah dia.

Soal hati. Dia lebih tegas kali tapi lebih terbuka untuk berbual dan berkongsi pendapat dengan ramai orang. Sikap friendly dia tu dia takkan tinggal. Dan sekarang ni dia lebih suka untuk berjalan menunduk ke bawah sebab nak jaga mata. Alahhh, mata tak payah cakap la. Nampak orang hensem sikit dah nak melting² bagai. Then mula la timbul penyakit hati. No..no..no.. Kali ni takkan dibiarkan berlaku lagi.

Dia ni jenis yang tak reti nak duduk diam. Dalam kepala otak dia tu ada je benda nak buat. Tapi dia lebih suka kepada aktiviti yang boleh buatkan dia sentiasa sihat. Jogging tu kadang² je time terlebih rajin. Paling simple, main je bola jaring sorang². Nak ajak orang? Memang tak la. Dah tu, bila ajak ada je kejenye. Nak tido la, nak basuh kain la, penat la ape la. Senang², main je sumbat² goal tu. Keluar la jugak peluhnya. At least sihat. Sebab taknak jadi macam waktu kecik² dulu. Asyik sakit je. Nak buat ape pun tak boleh. Dah besar ni, fikir la sikit untuk masa depan.

Orang yang berjaya tak semestinya cemerlang dalam pelajaran je. Tapi orang yang mempunyai kualiti dalam kehidupan. Yang mampu bantu orang yang memerlukan. Yang sentiasa mengutamakan orang yang disayangi lebih dari diri sendiri. Dan orang yang sentiasa mengetahui potensi diri dan memperbaiki kelemahan diri :)

No comments:

Post a Comment