Saturday, 11 April 2015

Internship

Late entry for 9/4/2015 hahaha
Assalamualaikum, hola  :)
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua internship kat wad surgikal. Allah permudahkan segala urusan Aku sepanjang berada disini. Jadi jururawat kecik adalah satu perkara yang menakutkan bagi Aku. Banyak perkara yang perlu Aku pelajari. Segala management dalam wad ni perlu ada dalam genggaman Aku.
Bermula dari pengurusan pesakit sehinggalah documentation. Setakat ni rasanya takde masalah dengan pengurusan pesakit. Bab documentation tu problem sikit. Apasal la banyak sangat documentation ni? Banyak masa kerja habis dengan documentation. Then bila relative patient nampak nurse kat kaunter, cakap nurse dok melepak. Depa tak tau nurse tu dok siapkan segala documentation blablabla tuh.
Then hari ni Aku under seorang staff nurse yang tengah mengandung. Masuk 3 bulan maybe. Kesian jugak tengok akak tu. Dengan morning sicknessnye dia datang keje. Semangat betul. Then terfikir, kalau Aku dekat tempat dia, apa Aku akan buat? Mintak cuti ler. Huhu. Tapi dia tak mintak cuti. Nak tanya, segan. Besar jugak pengorbanan dia tuh. Entah, mungkin ada sebab sendiri.
Buat masa ni Aku masih boleh keluar rehat lagi. Boleh pi makan tambah tenaga dan mengenyangkan perut. Esok lusa tak tau. Prepare aje la. Gula² mesti ada dalam poket untuk elak hypo. Tak pa lah. Kena latih diri tak keluar rehat dah ni. Kita tak tau benda yang bakal berlaku dihari akan datang. Alah bisa, tegal biasa :)
Balik keja pukul 1430, sambung main netball. Nak kumpul mata rumah sukan beb. Majulah sukan untuk negara!




No comments:

Post a Comment