Friday, 17 April 2015

(Night Shift) Tabur budi selagi mampu walaupun selalu dicaci dan dihina

Post night shift. Alhamdulilah mata bagi kerjasama. Patient pun tak meragam.

First night shift. Bertugas di kubikel. 7 orang patient. Sebelum ambik report, check patient dalam keadaan baik or still alive. Sebab pernah jadi case kat senior², take over patient yang dah meninggal. Sebab apa? Tak check dulu sebelum amik report.

Agak banyak jugak prosedur yang perlu di lakukan. Nasogastric (NG) feeding. Tracheotomy tube suctioning. Oral and IV medication etc.

NG feeding. 4 orang patient. Pukul 11 malam, 2 pagi dan 5 pagi. 240ml air + 8scoop Nutrient diabetic. Bancuh. Positioning patient ke high fowlers. Check sama ada tiub insitu ke tak. Takut dah tertarik ke paru². Berisiko dapat aspiration pneumonia. Then, bagi ikut nasogastric tube.

Tracheotomy tube suctioning. 4 orang patient. After administer inhalation therapy AVN via nebulizer, suction. Tapi disebabkan secretion yang banyak, kena frequently suctioning.

Oral medication. Baca cardex n check for the right patient. Tapi, jangan dilupa 10 prinsip tu. Then served as doctor's prescribed.

Vital sign. Every shift kena buat untuk data perbandingan. Tapi, night shift buat 2 kali. Pukul 10 malam dan 5 pagi.

Documentation pun penting. Kena selalu update. Jadi, boleh tengok progress patient untuk plan rawatan yang selanjutnya.

Pukul 4 pagi. Prepare untuk bed bath. Tapi untuk patient yang tak boleh nak buat ADL sendiri je la.

Second night shift. Jadi team leader (TL). Banyak yang kena update dan kira. Kena pastikan peralatan ada dan berfungsi dengan baik. Segala pergerakan wad perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Conclusion, night shift tak boleh sesuka hati je nak tido. Tapi, Aku rasa seronok. Sebab Aku tahu apa yang Aku nak buat dan apa yang Aku kena buat. Bila semua kerja beres dengan jayanya dan patient still alive, dapat balik dan rehat dengan tenang. Hahaha. Adios.

No comments:

Post a Comment