Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, setakat ni internship kat 6U surgikal berjalan lancar. Banyak support dari pihak wad. Semoga Allah permudahkan jugak urusan rakan seperjuangan.
Aku sangat respect seorang sahabat yang selalu mengingatkan Aku pada Dia Yang Agung. Even tak bertudung labuh dan berjubah, pakaiannya yang menutup aurat mengikut syariat dah cukup bagus. Orangnya bukanlah lemah lembut seperti wanita muslimah yang cover² ayu, tapi tutur bicaranya cukup sopan. Nampak macam gangster, macam kak long kawasan. Tapi, setiap kali nak buat sesuatu, dia takkan lupa mengingatkan kami untuk bergantung hanya pada Allah.
Sehari sebelum game netball hari tu, sempat lagi dia pesan kat semua ahli untuk prepare mental and fizikal. Sapu minyak pada bahagian yang mudah terseliuh sambil selawat ke atas rasul-Nya. At that time, Aku rasa bahawa tanggapan orang pada dia salah sama sekali. Sebabkan tak bertudung labuh, tak semestinya dia tak pandai bab agama. Kita takkan tahu watak seseorang sebelum kita kenal. That's why, jangan menilai dari luaran.
Yang bertudung labuh pun tak semestinya baik² belaka. Tapi jangan disalahkan tudung yang labuh apabila manusia itu sendiri yang tak pandai nak jaga adab. Anggap diri lagi bagus bila bertudung labuh dan memperkecilkan orang. Aku akui aku sangat tak senang bila orang judge macam tu.
Well, sebelum Aku cuba bertudung labuh dulu pun Aku tetap dengan bidang 45 jugak. Then nak cuba up sikit ke bidang 50. Disebabkan tak kenal bidang² ape benda entah, tersilap beli bidang 60. tokojut den. dah macam ustazah sekolah arab dah. Tapi alang² dah beli, pakai je la.
First time pakai, korang rasa apa pandangan orang sekeliling pada Aku? Yela, dengan gangsternya tiba² pakai tudung labuh. Bidang 60 pulak uh. Cemuhan dan hinaan tu toksah cakap la. Member sendiri pun perli bagai nak rak. Gi cafe nak makan, "Uihh, geng usrah ooo..". Inilah 'support' namanya -..-
First time pakai, korang rasa apa pandangan orang sekeliling pada Aku? Yela, dengan gangsternya tiba² pakai tudung labuh. Bidang 60 pulak uh. Cemuhan dan hinaan tu toksah cakap la. Member sendiri pun perli bagai nak rak. Gi cafe nak makan, "Uihh, geng usrah ooo..". Inilah 'support' namanya -..-
Korang rasa apa perasaan Aku waktu tu? Sedih oo..member sendiri tu. Tapi Aku teruskan jugak walaupun kadang² je pakai. Bila kita cuba untuk berubah, bukan senang nak tinggal perangai lama. Tetap jugak ada yang tersisa.
Baru² ni Aku jadi masuk cheers group untuk rumah sukan. Lagi la orang dok kata macam². Tudung labuh tapi dok sorak² macam ape ntah. Macam yang Aku cakap, perangai lama susah nak ubah. Dan Aku rasa mungkin takkan berubah. Aku tak suka nak hipokrit depan orang. Aku bukan pelakon yang boleh pegang banyak watak. Aku adalah Aku. Tak ayu macam wanita lain. Tak alim macam muslimah lain. Tak pandai macam student lain. Aku cuma buat apa yang Aku suka dan apa yang Aku selesa.
Sama jugak bila tengok gambar. Jangan sesekali percaya pada gambar. Hello, sekarang zaman moden ok. macam² boleh buat. Mata selalu tertipu. "Dunia penuh tipu daya"..
No comments:
Post a Comment