Ya. Tak semua perkara perlu diungkapkan melalui kata-kata untuk mengembirakan orang lain. Jadi diri sendiri. Sebarkan kebahagiaan selagi mampu. Namun, perlu diingatkan bahawa tak semua orang mampu terima cara kita. Yang penting kita jujur dalam berbicara.
Kadang² apa yang kita maksudkan tak sama dengan apa yang orang faham. Cara yang selamat, mengungkapkan melalui gambar. Dalam satu gambar pasti mengandungi banyak cerita. Tak semua orang berkebolehan untuk bercerita dan tak semua orang mampu memahami.
Nak tanya khabar tak semestinya perlu hantar chat dengan mesej yang panjang berjela. Cukup dengan sekeping gambar atau sticker yang bermakna menunjukkan kita sentiasa ingat even tak selalu berborak. Itu lebih berharga :)
No comments:
Post a Comment