Seperti yang diketahui umum, jururawat majoritinya terdiri dari kaum hawa. That's why, banyak pula cerita² mengatakan jururawat ni gatal. Itu dinamakan tidak professional dan telah melanggar etika kami sebagai seorang jururawat.
Tak kurang juga yang tanya soalan, "kenapa tak banyak nurse lelaki?kan lebih elok. Nurse lelaki boleh rawat pesakit lelaki. Takkan la hospital tak tahu hukum hakam ni?"
Senyum. Persoalan ini berkaitan aurat dengan pesakit. Hukum asal melihat aurat pesakit berlainan adalah haram sama sekali. Namun dalam keadaan darurat, diharuskan bagi jururawat perempuan merawat pesakit lelaki dan sebaliknya, dengan syarat² tertentu.
Antara syarat-syaratnya:
-Tiada perawat dalam kalangan sejenis.
-Kepakaran hanya dimiliki oleh perawat itu sahaja.
-Perawat tersebut mestilah seorang yang adil, amanah dan bertanggungjawab.
-Merawat tempat yang perlu dan berkaitan sahaja serta menutupi anggota² yang tidak berkaitan.
-Ditemani oleh mahram atau orang yang thiqah (dipercayai)
Mengenai bilangan jururawat lelaki yang sedikit pula, seperti yang saya cakap, tugas jururawat ni selalunya dipandang rendah oleh masyarakat dan dianggap bahawa ianya tugas kaum hawa. Bagi mereka, hanya kaum hawa sahaja yang layak jadi jururawat. Hmmm, apa kata kalau anda je yang minta ahli keluarga atau sahabat handai anda yang dari kalangan kaum adam memohon untuk bertugas sebagai seorang jururawat?
Fikir dengan akal, fahami dengan hati :)
No comments:
Post a Comment