Sunday, 5 April 2015

Marathon

Assalamualaikum  :)
Bersempena Hari Sukan kolej ni, kami join marathon. Walaupun tak larat nak berlari, join je jugak. Ada la jugak manfaatnya. Buang lemak² degil yang menumpang tu.
Siapa cakap student nursing tak ada life? Ada ok. Memang Aku akui, sepanjang berada dalam kolej ni, tak banyak pun aktiviti kokurikulum. Jarang sangat. Jadual harian penuh dengan kelas, dari pagi hingga petang. Bila kelas habis, bermula posting klinikal. Umpama bekerja jugak lah. Ada shift² bagai. Time tu, kalau tak pandai manage masa, memang takkan terurus sepanjang hari.
Kalau shift pagi, pergi wad pukul 0630. Balik hostel pukul 1430. Lepas solat zohor, tido. Bangun pun dekat² Maghrib. Solat asar tunggu maghrib terus. Lepas solat maghrib ngan isyak, badan masih penat. Tido awal sebab esoknya kerja pagi lagi. Ini amalan yang tak bagus. Badan penat waktu malam sebab tido terlalu lama di waktu petang tu.
Shift petang, badan penat sebab lepas subuh tido balik. Bangun pukul 1200 then siap² nak gi wad after zohor. Seriously Aku cakap, kalau tak pandai manage masa, memang takkan terurus. Badan penat. Bila penat, stress. Tambah lagi bila masih bergelar student. Assignment time posting kadang² rasa sangat membebankan. Mana nak study pasal patient lagi, mana nak study pasal presentation lagi. Proses pembelajaran tu berterusan. Masa sangat berharga dan terhad.
So, bila ada antara relative pesakit menggelarkan kami 'bodoh', itu satu penghinaan. Kami hanya mengaplikasikan perkara yang telah kami pelajari. Bila mintak something yang bukan², ianya berada diluar bidang kuasa kami. Kalau anda tak tahu skop pekerjaan kami, jangan sesuka hati menilai tanpa asas yang kukuh. Tak tahu, tanya okeh  :)

No comments:

Post a Comment