Monday, 27 April 2015

Diam tak bererti kalah

Well said. Dunia penuh pancaroba. Aku pun kadang² tertipu. Manusia, tak lari dari buat silap. Masalahnya, tak belajar dari kesilapan untuk memperbaiki diri. Ada masalah dengan orang lain, orang lain pulak yang jadi mangsa.

Dan sekarang, aku pun sama. Orang lain buat masalah dengan aku, orang lain yang kena tempias. Maaf, tapi aku memang sengaja. Sengaja lebih berhati-hati. Biarlah perkara yang lepas menjadi pengajaran buat diri yang alpa. Memang sengaja aku memilih untuk berdiam diri. Biar semua berjalan mengikut takdir-Nya.

Terlalu malas nak melayan benda yang remeh. Sebab apa? Sebab benda yang remeh ni kadang² memenatkan aku. Bila aku penat, aku lebih memilih untuk diam. Diam tidak bererti aku tak peduli. Diam tak bererti aku tak peka. Diam tak bererti aku kalah. Diam tu menenangkan dan memberi peluang untuk aku berfikiran lebih waras.

Sunday, 26 April 2015

Dia

Ada sorang makhluk ni, susah sangat orang nak faham. Sebab apa? Sebabnya, maksud dia, dia cuma nak cakap, "nak pegi makan", tapi ayat dia be like trelar x 4 masuk simpang A keluar simpang B slow kat selekoh tajam berhenti kat traffic light tunggu hijau baru jalan then parking kereta leklok dan "nak pegi makan". Amik kau Jah. Penerangan dia kalah karangan UPSR. Kadang² dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap.

That's why kadang² dia ada masalah communication dengan orang. Sebab orang tak faham kekreatifan (? Tak tahu ayat dari kamus mana) ayat dia tu. Bahasa dia lagi berbunga-bunga daripada buah silat yang dipanggil bunga tanjung.

Then, kalau kau first time jumpa dia, kau jangan percaya 100% apa yang dia cakap. Sebab dia cepat nervous. Bila nervous dia akan melalut entah apa² yang dia sendiri pun tak faham. Tapi bila jumpa dengan orang yang dia dah lama kenal, memang tak menang la orang melayan sengal dia. 16 jam sengal (-+ waktu tidur dan rehat) tapi kadang² lebih jugak.

Sejak akhir² ni banyak jugak la perubahan pada dia. Dia dah tak macam dulu yang suka melayan je apa orang cakap dan layan je lawak² hambar. Dia dah tak layan benda remeh yang berlaku kat sekeliling dia. Dan yang paling penting dia anti-perempuan gedik. Bagi dia, utamakan yang lebih utama.

Kau fikir tak bersebab ke? Tahu tak sebab apa? Sebab dia dah penat. Buat baik, orang pijak kepala. Bagi kepercayaan, orang salah guna. Dia cuba belajar supaya dia mampu tolong orang dan tak sakitkan hati orang but at the same time orang takkan pergunakan dia. Memang dulu dia nerd sikit, tapi keadaan sekeliling yang banyak mengubah dia.

Soal hati. Dia lebih tegas kali tapi lebih terbuka untuk berbual dan berkongsi pendapat dengan ramai orang. Sikap friendly dia tu dia takkan tinggal. Dan sekarang ni dia lebih suka untuk berjalan menunduk ke bawah sebab nak jaga mata. Alahhh, mata tak payah cakap la. Nampak orang hensem sikit dah nak melting² bagai. Then mula la timbul penyakit hati. No..no..no.. Kali ni takkan dibiarkan berlaku lagi.

Dia ni jenis yang tak reti nak duduk diam. Dalam kepala otak dia tu ada je benda nak buat. Tapi dia lebih suka kepada aktiviti yang boleh buatkan dia sentiasa sihat. Jogging tu kadang² je time terlebih rajin. Paling simple, main je bola jaring sorang². Nak ajak orang? Memang tak la. Dah tu, bila ajak ada je kejenye. Nak tido la, nak basuh kain la, penat la ape la. Senang², main je sumbat² goal tu. Keluar la jugak peluhnya. At least sihat. Sebab taknak jadi macam waktu kecik² dulu. Asyik sakit je. Nak buat ape pun tak boleh. Dah besar ni, fikir la sikit untuk masa depan.

Orang yang berjaya tak semestinya cemerlang dalam pelajaran je. Tapi orang yang mempunyai kualiti dalam kehidupan. Yang mampu bantu orang yang memerlukan. Yang sentiasa mengutamakan orang yang disayangi lebih dari diri sendiri. Dan orang yang sentiasa mengetahui potensi diri dan memperbaiki kelemahan diri :)

Friday, 24 April 2015

Usrah Wonderpet

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk join usrah kali ni. Balik dari wad terus singgah surau sebab excited nak berusrah dengan Ustazah Ruzana.

Usrah wonderpet ni tak sama dengan usrah² lain. Usrah wonderpet ni sempoi je. Relate terus dengan kehidupan seharian. Analogi² yang cukup bagus dan senang diterima oleh golongan remaja.

Bila sebut usrah, orang akan fikir geng² tudung labuh, geng² berkopiah berserban, geng² jubah dan sebagainya. Lapuknya la pemikiran. Allah bagi akal cuba guna pada tempatnya sikit. Nak join Usrah, Ceramah dan seumpamanya tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah baru nak join. Ianya untuk semua orang. Sebab apa? Kita nak cari dan tingkatkan kualiti hidup. Baiki segala kelemahan. Supaya hidup kita lebih diberkati-Nya :)

"Kami nak tengok uncle ceria macam dulu"

"Misi..misi..busy ka?sini mari..uncle mau crita²..sudah makan ka misi?haiyya..manyak bosan.." - Uncle Wah.

Hari ni, dah hari hampir 2 bulan Uncle Wah ada kat sini. Tapi asyik² tukar wad. Dah hampir seminggu tak nampak. Ingatkan dah keluar wad. Tadi masuk balik. Transfer dari CICU.

Tapi uncle dah lain. Tak nak diganggu. Makan pun tak nak. Dah macam² cara dah aku pujuk. Sejak didiagnose ada renal problem and kena buat dialisis, uncle lebih suka menyendiri. Bagi nebulizer, uncle refuse. Nak suapkan makan pun taknak. Minum pun tak nak. Uncle dah tak seceria dulu.

Uncle, kami nak balik uncle yang dulu. Yang sentiasa bersemangat.
Yang sentiasa menceriakan hari² kami.

Tuesday, 21 April 2015

The Red Worrior sentiasa dihati :)

Agak terharu jugak bila ada yang post gambar stadium yang tak ramai penyokong. Teringat waktu kegemilangan mereka dulu, sampai tak cukup ruang kat stadium uh. Aku tak pernah pegi pun stadium tu time game berlangsung. Sebab terlalu crowded ngan penyokong. Seram den raso. Tengok kat TV ajo.

Apa yang bestnya, disebabkan the red warrior la rumah Aku meriah dengan bunyi sorakan. Dalam tak sedar, merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Ada waktunya jugak time final game dengan JDT dulu, jiran sebelah pasang screen besar. So, satu taman perumahan tu berkumpul sama-sama semata-mata nak tengok game uh. Nampak tak kelebihan TRW?

Menyokong tak semestinya duduk dalam stadium tu then bersorak-sorak sampai keluar anak tekak. Tapi itu memang yang sebaiknya bagi menaikkan lagi semangat pemain. Bagi Aku, Aku tak suka sangat pegi stadium. Tengok perempuan dok bersorak-sorak tak ingat dunia. Malu oih.

Aku sokong dari belakang je. Tak kira di jatuh dan bangun TRW. Sebab Aku membesar dengan TRW. Bukan fanatik eh.. Haha..gitu kau.. TRW tetap dihati..keep fighting yeah! :)

Monday, 20 April 2015

Bersederhana, pilihan terbaik :)

Dalam hidup ni kena sentiasa bersederhana. Kalau berlebihan, ada masalah. Kurang pun bermasalah. Sebagai contoh, terlebih oxygen boleh sebabkan oxygen toxicity. Kurang oxygen boleh sebabkan hypoxia. Kah!

Memang Allah dah tentukan takdir kita sewaktu diciptakan. Tapi kita diciptakan dengan kebolehan untuk memilih. Pilihlah yang terbaik dalam urusan duniawi dan ukhrawimu.

All is well

Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling. Tengok gelagat manusia. Perhatikan tingkah laku mereka. Cuba untuk mencontohi yang baik dan memperbaiki apa kurang baik.

Result final exam keluar. Agak kecewa bila nama tak ada dalam dean list. Walhal, itu yang Aku harapkan untuk pencapaian dalam final exam untuk final year ni. Cuba pujuk diri untuk relax and move on. Ada yang lagi struggle kot study and berharap setiap sem dapat tersenarai dalam dean list. Tapi, nasib tidak menyebelahi mereka. Even hanya 0.02 point je lagi nak tersenarai dalam dean list, bukan rezeki mereka. Aku tak nak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab Aku tahu, Allah merancang perkara yang terbaik untuk Aku. Tahniah buat GengGua. 5/8 dapat dekan. Pesan seorang murabbi, "bersahabat kerana Allah itu dapat dilihat apabila kamu gembira melihat sahabat kamu dapat apa yang kamu suka". Even Aku mungkin bukan sahabat yang baik, Aku happy untuk korang. Moga terus maju.

Kelas ulangkaji. Kena jawab soalan research. Kalau Aku ni jenis buat tak kesah, memang tak nak jawab. Tapi, cuma fikir guna akal yang Allah bagi. Mungkin kali ni kita tolong orang. Esok² orang tolong kita pulak. Aku tak sanggup nak biarkan apa yang jadi pada Aku waktu form 5 tu jadi kat orang lain. Sadis oo. Buat kajian Geografi, tapi orang taknak isi borang kaji selidik Aku. Sedih pulak aih. Member cakap Aku baik sangat nak jawab soalan research tu. Aku tak pasti tu perlian atau apa. Tapi yang pasti, kalau kau taknak jawab, terpulang. Itu masalah kau. Tapi, jangan halang Aku nak buat benda yang Aku rasa Aku patut buat. Aku bukan baik macam kau. Jadi, Aku nak cuba kumpul pahala untuk diri Aku. Aku rasa benda tu tak salah.

Sepanjang internship Aku rasa semakin selesa dengan keadaan wad. Sedikit penat. Tapi Aku gembira. Mungkin ini rahmat yang Allah bagi pada Aku untuk menggantikan apa yang telah Aku hilang. Aku tak kaya. Senyumanku juga tak manis. Jadi, Allah bagi Aku semangat yang tinggi untuk Aku berkhidmad dan sedekahkan tenaga Aku untuk kebaikan orang lain. Mungkin tak banyak, tapi cukup untuk meringankan.

Berazam untuk menjadi pekerja yang cemerlang bila dah bekerja nanti. Lecturer cakap bukan mudah nak dapat. Jadi, Aku ambil sebagai cabaran.

Abah dan ummi. Sentiasa terbayang wajah mereka. Jarang dapat balik lepas ni. Rindu ingin melihat senyuman mereka. Rasa tak cukup sekadar mendengar suara melalui fon. Tapi Alhamdulillah masih mampu dikawal. Mungkin sebab Aku memang dari kecik dah boleh independent. Dulu, Ummi ikut Abah ke luar negeri kerana tuntutan kerja dan bawak adik² bersama. Aku membesar bersama Che (datuk). Mungkin sebab tu Aku jadi cucu kesayangan Che.

All is well. Semua berjalan di bawah perancanganNya.


Saturday, 18 April 2015

Dicari waktu bosan dan bila perlu..

Deep. Pernah tak rasa macam tu? Orang cari kita waktu diorang dalam kesusahan dan waktu diorang takde geng nak borak sebab malas nak melayan. Orang cari kita time diorang bosan tahap ape and tak tahu nak buat apa.

Tapi time diorang ada geng nak borak², time diorang senang, kau macam tak wujud. Kadang² tertunggu-tunggu text dari diorang. At least tanya khabar. Tak pun, satu sticker say 'hi' ke.

Takpe. Itu membuktikan yang kau adalah orang yang sentiasa ada untuk diorang. Orang yang sentiasa bersedia membantu diorang saat diorang memerlukan. Orang yang sentiasa ada waktu untuk melayan dan berborak dengan diorang. Sampai satu masa nanti, diorang akan sedar yang sebenarnya kau adalah orang yang penting dalam hidup diorang.

Chill okeh. Hidup adalah untuk disyukuri, bukan untuk ditangisi. :)

Friday, 17 April 2015

(Night Shift) Tabur budi selagi mampu walaupun selalu dicaci dan dihina

Post night shift. Alhamdulilah mata bagi kerjasama. Patient pun tak meragam.

First night shift. Bertugas di kubikel. 7 orang patient. Sebelum ambik report, check patient dalam keadaan baik or still alive. Sebab pernah jadi case kat senior², take over patient yang dah meninggal. Sebab apa? Tak check dulu sebelum amik report.

Agak banyak jugak prosedur yang perlu di lakukan. Nasogastric (NG) feeding. Tracheotomy tube suctioning. Oral and IV medication etc.

NG feeding. 4 orang patient. Pukul 11 malam, 2 pagi dan 5 pagi. 240ml air + 8scoop Nutrient diabetic. Bancuh. Positioning patient ke high fowlers. Check sama ada tiub insitu ke tak. Takut dah tertarik ke paru². Berisiko dapat aspiration pneumonia. Then, bagi ikut nasogastric tube.

Tracheotomy tube suctioning. 4 orang patient. After administer inhalation therapy AVN via nebulizer, suction. Tapi disebabkan secretion yang banyak, kena frequently suctioning.

Oral medication. Baca cardex n check for the right patient. Tapi, jangan dilupa 10 prinsip tu. Then served as doctor's prescribed.

Vital sign. Every shift kena buat untuk data perbandingan. Tapi, night shift buat 2 kali. Pukul 10 malam dan 5 pagi.

Documentation pun penting. Kena selalu update. Jadi, boleh tengok progress patient untuk plan rawatan yang selanjutnya.

Pukul 4 pagi. Prepare untuk bed bath. Tapi untuk patient yang tak boleh nak buat ADL sendiri je la.

Second night shift. Jadi team leader (TL). Banyak yang kena update dan kira. Kena pastikan peralatan ada dan berfungsi dengan baik. Segala pergerakan wad perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Conclusion, night shift tak boleh sesuka hati je nak tido. Tapi, Aku rasa seronok. Sebab Aku tahu apa yang Aku nak buat dan apa yang Aku kena buat. Bila semua kerja beres dengan jayanya dan patient still alive, dapat balik dan rehat dengan tenang. Hahaha. Adios.

Thursday, 16 April 2015

Tak semua perkara perlu diungkapkan dengan kata-kata

Ya. Tak semua perkara perlu diungkapkan melalui kata-kata untuk mengembirakan orang lain. Jadi diri sendiri. Sebarkan kebahagiaan selagi mampu. Namun, perlu diingatkan bahawa tak semua orang mampu terima cara kita. Yang penting kita jujur dalam berbicara.
Kadang² apa yang kita maksudkan tak sama dengan apa yang orang faham. Cara yang selamat, mengungkapkan melalui gambar. Dalam satu gambar pasti mengandungi banyak cerita. Tak semua orang berkebolehan untuk bercerita dan tak semua orang mampu memahami.
Nak tanya khabar tak semestinya perlu hantar chat dengan mesej yang panjang berjela. Cukup dengan sekeping gambar atau sticker yang bermakna menunjukkan kita sentiasa ingat even tak selalu berborak. Itu lebih berharga :)

Tuesday, 14 April 2015

Sempoi je cukup. Tak payah bajet ayu.

Assalamualaikum  :)
Alhamdulillah, setakat ni internship kat 6U surgikal berjalan lancar. Banyak support dari pihak wad. Semoga Allah permudahkan jugak urusan rakan seperjuangan.
Aku sangat respect seorang sahabat yang selalu mengingatkan Aku pada Dia Yang Agung. Even tak bertudung labuh dan berjubah, pakaiannya yang menutup aurat mengikut syariat dah cukup bagus. Orangnya bukanlah lemah lembut seperti wanita muslimah yang cover² ayu, tapi tutur bicaranya cukup sopan. Nampak macam gangster, macam kak long kawasan. Tapi, setiap kali nak buat sesuatu, dia takkan lupa mengingatkan kami untuk bergantung hanya pada Allah.
Sehari sebelum game netball hari tu, sempat lagi dia pesan kat semua ahli untuk prepare mental and fizikal. Sapu minyak pada bahagian yang mudah terseliuh sambil selawat ke atas rasul-Nya. At that time, Aku rasa bahawa tanggapan orang pada dia salah sama sekali. Sebabkan tak bertudung labuh, tak semestinya dia tak pandai bab agama. Kita takkan tahu watak seseorang sebelum kita kenal. That's why, jangan menilai dari luaran.
Yang bertudung labuh pun tak semestinya baik² belaka. Tapi jangan disalahkan tudung yang labuh apabila manusia itu sendiri yang tak pandai nak jaga adab. Anggap diri lagi bagus bila bertudung labuh dan memperkecilkan orang. Aku akui aku sangat tak senang bila orang judge macam tu.
Well, sebelum Aku cuba bertudung labuh dulu pun Aku tetap dengan bidang 45 jugak. Then nak cuba up sikit ke bidang 50. Disebabkan tak kenal bidang² ape benda entah, tersilap beli bidang 60. tokojut den. dah macam ustazah sekolah arab dah. Tapi alang² dah beli, pakai je la.
First time pakai, korang rasa apa pandangan orang sekeliling pada Aku? Yela, dengan gangsternya tiba² pakai tudung labuh. Bidang 60 pulak uh. Cemuhan dan hinaan tu toksah cakap la. Member sendiri pun perli bagai nak rak. Gi cafe nak makan, "Uihh, geng usrah ooo..". Inilah 'support' namanya  -..-
Korang rasa apa perasaan Aku waktu tu? Sedih oo..member sendiri tu. Tapi Aku teruskan jugak walaupun kadang² je pakai. Bila kita cuba untuk berubah, bukan senang nak tinggal perangai lama. Tetap jugak ada yang tersisa.
Baru² ni Aku jadi masuk cheers group untuk rumah sukan. Lagi la orang dok kata macam². Tudung labuh tapi dok sorak² macam ape ntah. Macam yang Aku cakap, perangai lama susah nak ubah. Dan Aku rasa mungkin takkan berubah. Aku tak suka nak hipokrit depan orang. Aku bukan pelakon yang boleh pegang banyak watak. Aku adalah Aku. Tak ayu macam wanita lain. Tak alim macam muslimah lain. Tak pandai macam student lain. Aku cuma buat apa yang Aku suka dan apa yang Aku selesa.
Sama jugak bila tengok gambar. Jangan sesekali percaya pada gambar. Hello, sekarang zaman moden ok. macam² boleh buat. Mata selalu tertipu. "Dunia penuh tipu daya"..

Sunday, 12 April 2015

Tuhan, kuatkan aku..Lindungi aku dari putus asa..

"Kata² cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku,
Butir² cinta air mataku teringat semua yang Kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi,
Muhasabah cintaku.."
(Muhasabah cinta-Edcoustic)
Assalamualaikum  :)
Alhamdulillah masih diberi kesihatan pada hari ini. Allahu, sejak akhir² ni terlalu leka dengan urusan duniawi. Terlalu banyak masa dibazirkan.
Tiba satu masa, terdengar lagu Menanti di barzakh dendangan Far East. Unik sekali cara Allah mengetuk pintu hati ini. Bagi peringatan pada diri ini bahawa diri ini telah kurang mengingatiNya. Ampuni kami Ya Rabb.
Hari ini shift petang. Gementar rasanya bila tengok jadual hari ni, kena jadi team leader. Ilmu masih kurang. Semoga Allah permudahkan urusan pada hari ini. Semoga pesakit² di wad cepat sembuh dan mampu kembali menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang hamba.
Tanggungjawab mengingatkan pesakit untuk solat apabila tiba waktunya perlu dilaksanakan . Bantu mereka apa yang termampu. InsyaAllah, sedikit sebanyak ilmu yang di ajar ketika menyertai kem ibadah pesakit akan Aku ajarkan pada mereka. Semoga Allah permudahkan juga urusan mereka. Melihat keadaan mereka yang tidak berdaya banyak menyedarkan diri ini bahawa diri ini telah bazirkan banyak peluang yang Allah bagi. Allah bagi kesihatan yang baik. Allah bagi masa terluang yang banyak. Tapi diri ini gagal rebut peluang yang ada. Sesungguhnya diri ini lagi lemah dari pesakit² yang sentiasa berusaha untuk beribadah kepadaNya. Wallahualam..

Saturday, 11 April 2015

Internship

Late entry for 9/4/2015 hahaha
Assalamualaikum, hola  :)
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua internship kat wad surgikal. Allah permudahkan segala urusan Aku sepanjang berada disini. Jadi jururawat kecik adalah satu perkara yang menakutkan bagi Aku. Banyak perkara yang perlu Aku pelajari. Segala management dalam wad ni perlu ada dalam genggaman Aku.
Bermula dari pengurusan pesakit sehinggalah documentation. Setakat ni rasanya takde masalah dengan pengurusan pesakit. Bab documentation tu problem sikit. Apasal la banyak sangat documentation ni? Banyak masa kerja habis dengan documentation. Then bila relative patient nampak nurse kat kaunter, cakap nurse dok melepak. Depa tak tau nurse tu dok siapkan segala documentation blablabla tuh.
Then hari ni Aku under seorang staff nurse yang tengah mengandung. Masuk 3 bulan maybe. Kesian jugak tengok akak tu. Dengan morning sicknessnye dia datang keje. Semangat betul. Then terfikir, kalau Aku dekat tempat dia, apa Aku akan buat? Mintak cuti ler. Huhu. Tapi dia tak mintak cuti. Nak tanya, segan. Besar jugak pengorbanan dia tuh. Entah, mungkin ada sebab sendiri.
Buat masa ni Aku masih boleh keluar rehat lagi. Boleh pi makan tambah tenaga dan mengenyangkan perut. Esok lusa tak tau. Prepare aje la. Gula² mesti ada dalam poket untuk elak hypo. Tak pa lah. Kena latih diri tak keluar rehat dah ni. Kita tak tau benda yang bakal berlaku dihari akan datang. Alah bisa, tegal biasa :)
Balik keja pukul 1430, sambung main netball. Nak kumpul mata rumah sukan beb. Majulah sukan untuk negara!




Go Merah Go!

7/4/2015
Wahai jiwa , berkhidmadlah untuk mengembirakan orang lain selagi engkau mampu. :)
Balik dari wad, semangat nak main netball. Lama dah tinggal padang ni. Dengan semangat yang merah membara, redah je.
Dengan posisi Goal Attack (GA), Aku cuba menyumbang lah. First game, Merah vs Hijau. Alhamdulillah kemenangan milik kami dengan 12:4. Next game, lawan kumpulan yang menang jugak, Merah vs Kuning. Malangnya kalah dengan 3:7 . Kalau dikira jaringan gol keseluruhan, memang kemenangan dipihak kami, sebabkan kalah mati, redha aje la naib johan pun. Good job gengs!
Dan esok, masih shift pagi. Bengang pulak bila call delivery masakan panas, depa cuti hari ni. Padan muka ceq. Haha. Roti bakaq + brown sugar coffee ler malam ni yer  :P
p/s : kalau nak buat coffee, guna brown sugar lagi sedap. Gula biasa, kureng sikit. Alahhh, bli coffee 3in1 yang tanpa sugar tu. Then, bila bancuh tambah brown sugar. Nak lagi lemak, tambah coffeemate. Kompem nak lagi..haha..

Merah JUARA Piala Dato' Pengarah

Assalamualaikum  :)
Alhamdulillah, berkat latihan dan kesabaran serta kerjasama yang tinggi dari semua ahli, Rumah Merah (Laksamana) muncul Johan Sukaneka Piala Dato' Pengarah.
Tak sia² membakor kulit di bawah cahaya sang suria, mengorbankan waktu rehat setelah pulang dari wad.
p/s : hancus harapan nak berisi sikit bila berat badan turun 2kg dalam waktu seminggu  :(













Sunday, 5 April 2015

Marathon

Assalamualaikum  :)
Bersempena Hari Sukan kolej ni, kami join marathon. Walaupun tak larat nak berlari, join je jugak. Ada la jugak manfaatnya. Buang lemak² degil yang menumpang tu.
Siapa cakap student nursing tak ada life? Ada ok. Memang Aku akui, sepanjang berada dalam kolej ni, tak banyak pun aktiviti kokurikulum. Jarang sangat. Jadual harian penuh dengan kelas, dari pagi hingga petang. Bila kelas habis, bermula posting klinikal. Umpama bekerja jugak lah. Ada shift² bagai. Time tu, kalau tak pandai manage masa, memang takkan terurus sepanjang hari.
Kalau shift pagi, pergi wad pukul 0630. Balik hostel pukul 1430. Lepas solat zohor, tido. Bangun pun dekat² Maghrib. Solat asar tunggu maghrib terus. Lepas solat maghrib ngan isyak, badan masih penat. Tido awal sebab esoknya kerja pagi lagi. Ini amalan yang tak bagus. Badan penat waktu malam sebab tido terlalu lama di waktu petang tu.
Shift petang, badan penat sebab lepas subuh tido balik. Bangun pukul 1200 then siap² nak gi wad after zohor. Seriously Aku cakap, kalau tak pandai manage masa, memang takkan terurus. Badan penat. Bila penat, stress. Tambah lagi bila masih bergelar student. Assignment time posting kadang² rasa sangat membebankan. Mana nak study pasal patient lagi, mana nak study pasal presentation lagi. Proses pembelajaran tu berterusan. Masa sangat berharga dan terhad.
So, bila ada antara relative pesakit menggelarkan kami 'bodoh', itu satu penghinaan. Kami hanya mengaplikasikan perkara yang telah kami pelajari. Bila mintak something yang bukan², ianya berada diluar bidang kuasa kami. Kalau anda tak tahu skop pekerjaan kami, jangan sesuka hati menilai tanpa asas yang kukuh. Tak tahu, tanya okeh  :)

Saturday, 4 April 2015

Coconut Shake Klebang

Perghh..kemain panjang lagi kena beratur semata-mata nak beli air coconut shake ni. Boleh dikatakan femes jugak la benda ni kat sini.
Dengan harga RM2.70, korang boleh dapat 1 cup ni. Patut le ramai, sodap rupanya. Berbaloi-baloi lah beratur panjang². Siap ada RELA lagi yang jaga. Ingatkan kenapa la jalan kat situ sesak, rupanya kedai coconut shake ni. Memang terbaik lah. Kalau pegi Melaka, kena try coconut shake klebang ni  :)

Bandar Hilir

Sampai bandar hilir terus pusing² je sebab rushing. Tengok² pun jadi la alang² dah sampai sini. Kalau tak disebabkan janji dengan Pakcik Razak nak singgah pekena mee kari kat rumah dia, abih satu bandar ni kami pusing.

Jadilah tengok pun  :3

Restaurant dalam Bas

Next station, Pantai Klebang. Santai dok dengaq radio Era, ada pemanggil Era dok crita pasai restaurant dalam bas kat Dataran 1 Malaysia. Daripada niat nak pi bandaq hilir, truih singgah kat Pantai Klebang dulu smata-mata nak try makan kat dalam bas. hahaha.
Boleh tahan sedap. Harga pun berpatutan. Unik betul la. Toilet pun ada. Apa yang bagusnya, toilet tu lagi selesa dari toilet kat Midvalley kot. Siap ada tempat charge henfon lagi haa. Luarnya cuma bas buruk yang dah tak digunakan. Masuk dalam, cantik dan bersih. Sempat la jugak borak-borak dengan pakcik yang jaga toilet tu. Peramah orangnya. Orang Melakau ni agak peramah jugak laa.
Pantai Klebang buat masa ni tengah renovate. Mungkin nak upgrade kot. Tempat yang strategik dan menarik untuk para pelancong.

Short Vacation

Assalamualaikum  :)
Alhamdulillah selamat pergi dan balik dari short vacation bersama sahabat handai. Plan A, Port Dickson. Plan B, Perak. Tapi, kat Melaka jugak sampainya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Bertolak dari hostel jam 2130 dan menuju ke kedai satay kajang kat Kajang dulu. Dah isi² perut, move ke Putrajaya. After lepak² sampai puas hati, terus bertolak menuju ke Melaka. Sampai kat R&R Seremban pukul 0300 dan bermalam kat sana.
Usai solat subuh, kami sambung perjalanan menuju ke Tanjung Bidara. Pantai beb. Sampai je, pelik sebab tak ada orang. Yang ada, trak2 askar. Mungkin ada event sebab pantai tu bersebelahan dengan Kem Terendak. Nampak la Sang Sado yang berkelompok kat situ. hahaha.

Next, singgah pantai Klebang. Nak try makan dalam bas. Syok jugak eh. Unik betul. Then singgah bandar hilir kejap. Then terus betolak balik sebab janji ngan pakcik Razak nak gi pekena mee kari kat rumah dia.

Thursday, 2 April 2015

IV Therapy Course

Assalamualaikum  :)
Alhamdulillah, masih diberi kesihatan untuk menjalani hari ini. Dah baca al-kahfi ke belum? baik pi baca sbelum maghrib. huhu
Hari ni last kelas Intravenous therapy (IV). Mula² nak masuk kelas agak takut sebab kami first batch yang menjalani kursus ni masa student. Biasanya bila dah qualified baru jalani kursus ni. Tapi takpe, kira advance sikit la. Masuk wad untuk internship nanti dah boleh ambik darah and insert branula but still kena assist jugak la.
Then, petang ni ada post test untuk IV course ni. Ok, agak² soalan apa? Aku agak, soalan sama dengan pre test dulu..haha..takpe, nanti kita tengok.

Budak Baru

Assalamualaikum..
Rasa nak story mory sikit. Yeah, masih baru dan masih merangkak. Rasa macam seronok pulak tengok orang berblogger. Maybe tak hebat mana tapi Aku nak cuba jugak. Banyak benda jugak eh nak kena tengok. Tapi takpe, slow². Biaq pi orang nak baca ka tak. Nak cerita jugak.
Berumur 21 tahun dan masih belajar di sebuah pusat perubatan dalam bidang nursing. Yela, nurse. Takkan blajo nursing nak jadi engineer pulak kan..hahaha..lawak hambar..
Rasa sangat tercabar bila orang merendah-redahkan kerjaya nurse ni. Aihh, rasa nak cepuk. Hampa ingat kami ni masuk² truih jadi nurse ka? blajaq dulu ok. 3 tahun hampa tau dak? blajaq nak pecah kepala. Tambah-tambah lagi bila time SPM tak ambik aliran sains. Perghh, masuk kelas first masa tahun satu dulu, rasa nk hantuk kepala kat meja. Wrong decision betul la ambik bidang ni. Hampa tau apa. Keja nak kutuk nurse ja. Dak aih, tak marah. Habaq ja.
Berasal dari Kelantan. Biaq pi la ceq nak cakap utagha. Memang lahir kat Kelantan tapi banyak berhijrah. Boleh le faham sikit² bahasa² yang ada kat Malaysia ni.
Sangat meminati bidang seni dan penulisan. Even tak reti bercerita sangat, minat jugak. Then kenapa pilih nursing? Halluu, nursing is art and science okeh. Ada la artnya jugak. Mungkin tak gah macam bidang² lain tapi dalam bidang ni banyak pahala yang boleh dikumpul. Saham akhirat le.
Tapi kena ingat jugak, bidang nursing ni terdapat kolam² pahala dan kawah² dosa. Kalau tak beretika time keje, ekau tanggung la sendiri. Renung²kan ╮(╯▽╰)╭

Wednesday, 1 April 2015

Nurse Wanita vs Pesakit Lelaki

Seperti yang diketahui umum, jururawat majoritinya terdiri dari kaum hawa. That's why, banyak pula cerita² mengatakan jururawat ni gatal. Itu dinamakan tidak professional dan telah melanggar etika kami sebagai seorang jururawat.

Tak kurang juga yang tanya soalan, "kenapa tak banyak nurse lelaki?kan lebih elok. Nurse lelaki boleh rawat pesakit lelaki. Takkan la hospital tak tahu hukum hakam ni?"

Senyum. Persoalan ini berkaitan aurat dengan pesakit. Hukum asal melihat aurat pesakit berlainan adalah haram sama sekali. Namun dalam keadaan darurat, diharuskan bagi jururawat perempuan merawat pesakit lelaki dan sebaliknya, dengan syarat² tertentu.

Antara syarat-syaratnya:
-Tiada perawat dalam kalangan sejenis.
-Kepakaran hanya dimiliki oleh perawat itu sahaja.
-Perawat tersebut mestilah seorang yang adil, amanah dan bertanggungjawab.
-Merawat tempat yang perlu dan berkaitan sahaja serta menutupi anggota² yang tidak berkaitan.
-Ditemani oleh mahram atau orang yang thiqah (dipercayai)

Mengenai bilangan jururawat lelaki yang sedikit pula, seperti yang saya cakap, tugas jururawat ni selalunya dipandang rendah oleh masyarakat dan dianggap bahawa ianya tugas kaum hawa. Bagi mereka, hanya kaum hawa sahaja yang layak jadi jururawat. Hmmm, apa kata kalau anda je yang minta ahli keluarga atau sahabat handai anda yang dari kalangan kaum adam memohon untuk bertugas sebagai seorang jururawat?

Fikir dengan akal, fahami dengan hati :)

PAK CIK HAVOC

Wad Pemulihan | February 2015

Jam dinding menunjukkan pukul 12.30pm. Pesakit dah siap makan. Macam biasa kena isi I/O. Pakcik Ismail (bukan nama sebenar) dah melemparkan pandangan ke kaunter jururawat.

"Pakcik Ismail dah siap makan?"
"Dah siap der."
"Hah?"
"Kesian kamu ni, muda² dah ada msalah pendengaran ya."
"Eh, bukan. Saya dengar pakcik cakap dah siap. Heee"
"Haa, elok lah."

Keluar dari kubikel tu dengan tahan gelak. Dia panggil Aku 'der'? Dari zaman mana pakcik ni? Kalah aku.

*I/O : Input and Output. Catatan pengambilan dan keluaran pesakit.
*Kubikel : Bilik/ruangan pesakit.