Monday, 27 April 2015

Diam tak bererti kalah

Well said. Dunia penuh pancaroba. Aku pun kadang² tertipu. Manusia, tak lari dari buat silap. Masalahnya, tak belajar dari kesilapan untuk memperbaiki diri. Ada masalah dengan orang lain, orang lain pulak yang jadi mangsa.

Dan sekarang, aku pun sama. Orang lain buat masalah dengan aku, orang lain yang kena tempias. Maaf, tapi aku memang sengaja. Sengaja lebih berhati-hati. Biarlah perkara yang lepas menjadi pengajaran buat diri yang alpa. Memang sengaja aku memilih untuk berdiam diri. Biar semua berjalan mengikut takdir-Nya.

Terlalu malas nak melayan benda yang remeh. Sebab apa? Sebab benda yang remeh ni kadang² memenatkan aku. Bila aku penat, aku lebih memilih untuk diam. Diam tidak bererti aku tak peduli. Diam tak bererti aku tak peka. Diam tak bererti aku kalah. Diam tu menenangkan dan memberi peluang untuk aku berfikiran lebih waras.

Sunday, 26 April 2015

Dia

Ada sorang makhluk ni, susah sangat orang nak faham. Sebab apa? Sebabnya, maksud dia, dia cuma nak cakap, "nak pegi makan", tapi ayat dia be like trelar x 4 masuk simpang A keluar simpang B slow kat selekoh tajam berhenti kat traffic light tunggu hijau baru jalan then parking kereta leklok dan "nak pegi makan". Amik kau Jah. Penerangan dia kalah karangan UPSR. Kadang² dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap.

That's why kadang² dia ada masalah communication dengan orang. Sebab orang tak faham kekreatifan (? Tak tahu ayat dari kamus mana) ayat dia tu. Bahasa dia lagi berbunga-bunga daripada buah silat yang dipanggil bunga tanjung.

Then, kalau kau first time jumpa dia, kau jangan percaya 100% apa yang dia cakap. Sebab dia cepat nervous. Bila nervous dia akan melalut entah apa² yang dia sendiri pun tak faham. Tapi bila jumpa dengan orang yang dia dah lama kenal, memang tak menang la orang melayan sengal dia. 16 jam sengal (-+ waktu tidur dan rehat) tapi kadang² lebih jugak.

Sejak akhir² ni banyak jugak la perubahan pada dia. Dia dah tak macam dulu yang suka melayan je apa orang cakap dan layan je lawak² hambar. Dia dah tak layan benda remeh yang berlaku kat sekeliling dia. Dan yang paling penting dia anti-perempuan gedik. Bagi dia, utamakan yang lebih utama.

Kau fikir tak bersebab ke? Tahu tak sebab apa? Sebab dia dah penat. Buat baik, orang pijak kepala. Bagi kepercayaan, orang salah guna. Dia cuba belajar supaya dia mampu tolong orang dan tak sakitkan hati orang but at the same time orang takkan pergunakan dia. Memang dulu dia nerd sikit, tapi keadaan sekeliling yang banyak mengubah dia.

Soal hati. Dia lebih tegas kali tapi lebih terbuka untuk berbual dan berkongsi pendapat dengan ramai orang. Sikap friendly dia tu dia takkan tinggal. Dan sekarang ni dia lebih suka untuk berjalan menunduk ke bawah sebab nak jaga mata. Alahhh, mata tak payah cakap la. Nampak orang hensem sikit dah nak melting² bagai. Then mula la timbul penyakit hati. No..no..no.. Kali ni takkan dibiarkan berlaku lagi.

Dia ni jenis yang tak reti nak duduk diam. Dalam kepala otak dia tu ada je benda nak buat. Tapi dia lebih suka kepada aktiviti yang boleh buatkan dia sentiasa sihat. Jogging tu kadang² je time terlebih rajin. Paling simple, main je bola jaring sorang². Nak ajak orang? Memang tak la. Dah tu, bila ajak ada je kejenye. Nak tido la, nak basuh kain la, penat la ape la. Senang², main je sumbat² goal tu. Keluar la jugak peluhnya. At least sihat. Sebab taknak jadi macam waktu kecik² dulu. Asyik sakit je. Nak buat ape pun tak boleh. Dah besar ni, fikir la sikit untuk masa depan.

Orang yang berjaya tak semestinya cemerlang dalam pelajaran je. Tapi orang yang mempunyai kualiti dalam kehidupan. Yang mampu bantu orang yang memerlukan. Yang sentiasa mengutamakan orang yang disayangi lebih dari diri sendiri. Dan orang yang sentiasa mengetahui potensi diri dan memperbaiki kelemahan diri :)

Friday, 24 April 2015

Usrah Wonderpet

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk join usrah kali ni. Balik dari wad terus singgah surau sebab excited nak berusrah dengan Ustazah Ruzana.

Usrah wonderpet ni tak sama dengan usrah² lain. Usrah wonderpet ni sempoi je. Relate terus dengan kehidupan seharian. Analogi² yang cukup bagus dan senang diterima oleh golongan remaja.

Bila sebut usrah, orang akan fikir geng² tudung labuh, geng² berkopiah berserban, geng² jubah dan sebagainya. Lapuknya la pemikiran. Allah bagi akal cuba guna pada tempatnya sikit. Nak join Usrah, Ceramah dan seumpamanya tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah baru nak join. Ianya untuk semua orang. Sebab apa? Kita nak cari dan tingkatkan kualiti hidup. Baiki segala kelemahan. Supaya hidup kita lebih diberkati-Nya :)

"Kami nak tengok uncle ceria macam dulu"

"Misi..misi..busy ka?sini mari..uncle mau crita²..sudah makan ka misi?haiyya..manyak bosan.." - Uncle Wah.

Hari ni, dah hari hampir 2 bulan Uncle Wah ada kat sini. Tapi asyik² tukar wad. Dah hampir seminggu tak nampak. Ingatkan dah keluar wad. Tadi masuk balik. Transfer dari CICU.

Tapi uncle dah lain. Tak nak diganggu. Makan pun tak nak. Dah macam² cara dah aku pujuk. Sejak didiagnose ada renal problem and kena buat dialisis, uncle lebih suka menyendiri. Bagi nebulizer, uncle refuse. Nak suapkan makan pun taknak. Minum pun tak nak. Uncle dah tak seceria dulu.

Uncle, kami nak balik uncle yang dulu. Yang sentiasa bersemangat.
Yang sentiasa menceriakan hari² kami.

Tuesday, 21 April 2015

The Red Worrior sentiasa dihati :)

Agak terharu jugak bila ada yang post gambar stadium yang tak ramai penyokong. Teringat waktu kegemilangan mereka dulu, sampai tak cukup ruang kat stadium uh. Aku tak pernah pegi pun stadium tu time game berlangsung. Sebab terlalu crowded ngan penyokong. Seram den raso. Tengok kat TV ajo.

Apa yang bestnya, disebabkan the red warrior la rumah Aku meriah dengan bunyi sorakan. Dalam tak sedar, merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Ada waktunya jugak time final game dengan JDT dulu, jiran sebelah pasang screen besar. So, satu taman perumahan tu berkumpul sama-sama semata-mata nak tengok game uh. Nampak tak kelebihan TRW?

Menyokong tak semestinya duduk dalam stadium tu then bersorak-sorak sampai keluar anak tekak. Tapi itu memang yang sebaiknya bagi menaikkan lagi semangat pemain. Bagi Aku, Aku tak suka sangat pegi stadium. Tengok perempuan dok bersorak-sorak tak ingat dunia. Malu oih.

Aku sokong dari belakang je. Tak kira di jatuh dan bangun TRW. Sebab Aku membesar dengan TRW. Bukan fanatik eh.. Haha..gitu kau.. TRW tetap dihati..keep fighting yeah! :)

Monday, 20 April 2015

Bersederhana, pilihan terbaik :)

Dalam hidup ni kena sentiasa bersederhana. Kalau berlebihan, ada masalah. Kurang pun bermasalah. Sebagai contoh, terlebih oxygen boleh sebabkan oxygen toxicity. Kurang oxygen boleh sebabkan hypoxia. Kah!

Memang Allah dah tentukan takdir kita sewaktu diciptakan. Tapi kita diciptakan dengan kebolehan untuk memilih. Pilihlah yang terbaik dalam urusan duniawi dan ukhrawimu.

All is well

Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling. Tengok gelagat manusia. Perhatikan tingkah laku mereka. Cuba untuk mencontohi yang baik dan memperbaiki apa kurang baik.

Result final exam keluar. Agak kecewa bila nama tak ada dalam dean list. Walhal, itu yang Aku harapkan untuk pencapaian dalam final exam untuk final year ni. Cuba pujuk diri untuk relax and move on. Ada yang lagi struggle kot study and berharap setiap sem dapat tersenarai dalam dean list. Tapi, nasib tidak menyebelahi mereka. Even hanya 0.02 point je lagi nak tersenarai dalam dean list, bukan rezeki mereka. Aku tak nak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab Aku tahu, Allah merancang perkara yang terbaik untuk Aku. Tahniah buat GengGua. 5/8 dapat dekan. Pesan seorang murabbi, "bersahabat kerana Allah itu dapat dilihat apabila kamu gembira melihat sahabat kamu dapat apa yang kamu suka". Even Aku mungkin bukan sahabat yang baik, Aku happy untuk korang. Moga terus maju.

Kelas ulangkaji. Kena jawab soalan research. Kalau Aku ni jenis buat tak kesah, memang tak nak jawab. Tapi, cuma fikir guna akal yang Allah bagi. Mungkin kali ni kita tolong orang. Esok² orang tolong kita pulak. Aku tak sanggup nak biarkan apa yang jadi pada Aku waktu form 5 tu jadi kat orang lain. Sadis oo. Buat kajian Geografi, tapi orang taknak isi borang kaji selidik Aku. Sedih pulak aih. Member cakap Aku baik sangat nak jawab soalan research tu. Aku tak pasti tu perlian atau apa. Tapi yang pasti, kalau kau taknak jawab, terpulang. Itu masalah kau. Tapi, jangan halang Aku nak buat benda yang Aku rasa Aku patut buat. Aku bukan baik macam kau. Jadi, Aku nak cuba kumpul pahala untuk diri Aku. Aku rasa benda tu tak salah.

Sepanjang internship Aku rasa semakin selesa dengan keadaan wad. Sedikit penat. Tapi Aku gembira. Mungkin ini rahmat yang Allah bagi pada Aku untuk menggantikan apa yang telah Aku hilang. Aku tak kaya. Senyumanku juga tak manis. Jadi, Allah bagi Aku semangat yang tinggi untuk Aku berkhidmad dan sedekahkan tenaga Aku untuk kebaikan orang lain. Mungkin tak banyak, tapi cukup untuk meringankan.

Berazam untuk menjadi pekerja yang cemerlang bila dah bekerja nanti. Lecturer cakap bukan mudah nak dapat. Jadi, Aku ambil sebagai cabaran.

Abah dan ummi. Sentiasa terbayang wajah mereka. Jarang dapat balik lepas ni. Rindu ingin melihat senyuman mereka. Rasa tak cukup sekadar mendengar suara melalui fon. Tapi Alhamdulillah masih mampu dikawal. Mungkin sebab Aku memang dari kecik dah boleh independent. Dulu, Ummi ikut Abah ke luar negeri kerana tuntutan kerja dan bawak adik² bersama. Aku membesar bersama Che (datuk). Mungkin sebab tu Aku jadi cucu kesayangan Che.

All is well. Semua berjalan di bawah perancanganNya.